Thursday, June 10, 2010

Fungsi SahabatImsa

Seperti yang ditulis dalam profile, blog ini dibina, fungsinya sebagai portal.

Portal ; n(usu in pl) impressive entrance, gateway, pintu gerbang.

Di sini, +- 400 orang pelajar International Medical School mempunyai cara mudah, untuk menyuarakan pendapat atau teguran atau bantahan atau sokongan (bagusnya) tentang kebajikan dan suasana hidup anda semua di Bangalore, spesifiknya.

Semua pendapat, teguran, bantahan, cadangan, aduan, dan sokongan bolehlah di emelkan kepada sahabatimsa@yahoo.com dan bukannya pada Buku Tetamu, mahupun ruangan komen. Komen hanya untuk pendapat terhadap isi entri tersebut. Dan Buku Tetamu untuk perbualan santai.

Mana-mana pendapat, teguran, bantahan, mahupun cadangan yang relevan, bermanfaat, dan berbaloi untuk diusahakan, akan di-publishkan di blog ini untuk pemberitahuan kepada semua yang lain, bahawa isu tersebut telah difikirkan dan akan di-usahakan.

Contoh cadangan : Alangkah bagusnya jika bas untuk posting ke hospital bagi Batch 3 bertolak dari IMS jam 1 tengah hari, dan bukan 12.30 p.m.
Respon Imsa ;

Sedang diusahakan.
Bagi sokongan pula, tiada kriteria spesifik. Akan di-publish juga.

Contoh sokongan : Saya suka Talentime. 
 
Selain itu, blog ini juga berfungsi untuk  menyampaikan aduan kepada semua lima biro yang ada.

Contoh aduan kepada Biro Akademik : Serius, kenapa ada posting hari sabtu?
Yang mana tak akan dilayan, tentunya.

Contoh aduan kepada Biro Kebajikan : Kenapa tak boleh pindah selepas tamat 1st year? Macamana nak pindah? Id card hilang! Dsb.
Contoh aduan kepada Biro Agama : Dalam isu Palestin, apa sumber bacaan maya yang boleh kami percayai kesahihannya?
Contoh aduan kepada Biro Komunikasi dan Maklumat : Tak faham entri sekian sekian. Mana laporan untuk event sekian-sekian.
Contoh aduan kepada Biro Budaya dan Sukan :  Bilanya sukan?

Dan kami harap pengadu memberikan nama samaran, dan sekurang-kurangnya batch anda, supaya kami tahu pada batch mana kes tersebut kedengaran lebih serius.

Selain itu, sekiranya anda mahu menulis sebuah entri di blog ini, juga dibenarkan.

1- Entri teguran kepada cara hidup dan ragam pelajar IMS secara berhemah, akan di-publish di sini, supaya semua pembaca sasaran akan membaca catatan anda.

2- Entri bermanfaat yang lain, yang anda mahu sampai pada segenap pelajar IMS, kes terbaru berlaku di sekitar Bangalore, misalnya. Atau kes Imegresen. Atau kes kastam. Untuk pengajaran hidup kepada yang baru di sini.

3- Mana-mana karya. Grafik, seni perkataan dsb yang mahu dikongsikan. Jika ada.

4- Sebarang promosi bahan jualan berupa masakan dsb. 

Jika anda sudah mempublishkan entri tersebut pada blog sendiri pula, anda boleh berikan link untuk kami letakkan di sini. Jika mahu.

Selebihnya, blog ini bertujuan untuk perbincangan.

Dan untuk pengumuman.

1 comment:

Anonymous said...

i loike