Thursday, June 10, 2010

Pendahuluan.

Ini adalah sebuah blog bebas, dihasilkan untuk memudahkan interaksi antara pelajar dengan International Medical School Association (Imsa).

Memandangkan IMS adalah kampus luar negara, maka kita mungkin terputus dari naungan Pertubuhan Pelajar yang bertapak di MSU, Shah Alam.

Maka Imsa ditubuhkan pada tahun 2009, berfungsi lebih kurang seperti mini Pertubuhan Pelajar MSU, bertujuan spesifik untuk menjaga keperluan komuniti kampus IMS sahaja.

Objektif Imsa, bagi tahun 2010/11 adalah ;


1- Merapatkan ikatan antara pelajar dengan pentadbiran,

- Yakni, untuk membuka interaksi dua hala, agar tiada perselisihan faham antara pihak pentadbiran dan pelajar, semua permohonan sekurang-kurangnya dapat disalurkan , sebarang timbal balik dan perubahan dalam takwim pengajian dapat diperjelaskan, dan etika mahasiswa, mahasiswi dan pihak pengurusan terpelihara, supaya toleransi dapat dicapai, demi semua pelajar selesa, dengan kondisi sepanjang sesi pengajian.

2- Merapatkan ikatan antara pelajar, dengan komuniti,

- Ada satu pepatah, bunyinya ;

If you are at Rome, live in the Roman style. If you are elsewhere, live as they live elsewhere.

- St. Ambrose

Adanya objektif ini adalah untuk menjaga keharmonian hidup, mengelakkan sebarang salah faham serius, dari sudut keagamaan, budaya, dan prinsip atau taraf hidup, motif, serta perasaan superior mahupun inferior antara penduduk tempatan, terhadap orang luar (yakni kita), ataupun sebaliknya.


3- Merapatkan hubungan antara batch.

- Kita menjalani rangka hidup yang berbeza, kerana setiap batch mempunyai jadual harian yang kontra. Objektif ini adalah untuk memastikan setiap individu dapat menerima setiap rakyat Malaysia di IMS ini, sebagai salah seorang daripada mereka.

Ia adalah mustahak, untuk memberi mesej bahawasanya kita berada di sini, bersama-sama.

:' )

No comments: