Saturday, January 15, 2011

Pengumuman : Annual Dinner Secret Garden 2011

Salam..



Annual Dinner Secret Garden 2011 telah diTUNDA ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak...
Harap maaf diatas segala kesulitan..

Sama2 kita nantikannya ye kawan2..
Don't miss it.. =)

Monday, December 27, 2010

Tema Annual Dinner 2011.

Hai.

Jadi, kami telah memilih tema untuk annual dinner berdasarkan undi yang telah kami buka selama dua hari, dalam entri sebelum ini. Terima kasih kerana membantu kami membuat keputusan. :' )


 Tema annual dinner, pada 22 Januari 2011, adalah:

Secret Garden.


Majlis makan malam tahunan yang akan datang, akan diadakan berdasarkan konsep open air.  Dekorasi akan menepati tema, iaitu suasana taman. Hidangan pula, adalah menu tempatan, Indian Food, dengan 10 jenis pilihan hidangan.

Pakaian.

Bagi menjadikan tema yang dipilih satu realiti, kami telah menggariskan beberapa kriteria berpakaian, dan kami amat berharap agar semua pun bersenang hati dan membantu kami bersama-sama menjadikan annual dinner Secret Garden satu malam yang seronok dikenang.

Anda boleh mengenakan pakaian bertemakan warna-warna taman, rujuk entri dibawah. Bagi perempuan, pakaian paling sesuai, adalah gaun malam, gaun labuh, jubah, skirt panjang bersama blouse, atau mana-mana pakaian bercorak floral. Bagi lelaki, anda boleh menggayakan kemeja bersama seluar slacks, mana-mana pakaian smart casual, atau pun sut.

Apapun, anda diminta, untuk menggenakan sekurang-kurangnya satu daripada tiga kriteria dibawah.

1- Bunga, ataupun daun (Corsage).







2- Topeng (Mask)






3- Bunga, ataupun daun, fabrik.






 



Jika anda tidak memperoleh corsage, atau mask, tak mengapa. Anda boleh menggayakan mana-mana pakaian bercorak floral, ataupun kemeja dengan warna-warna taman. Kriteria-kriteria di atas hanyalah pilihan, malah tidak diwajibkan.
  



Garis panduan berpakaian.


1- Pakaian haruslah bersopan.
      - Sopan : Hormat ; beradap ; baik perangai dan kelakuannya.


2- Pakaian haruslah menjaga aib diri sendiri.
     - Menjaga aib : Tidak mendatangkan hina, atau malu ; menutup cela ; tidak menghinakan orang yang memandang.



 


 






 



















Dengan ini, kami, IMSA ingin menjemput anda semua ke Secret Garden Annual Dinner 2011. Harap semua orang dapat menghadirkan diri!


  
Salam mesra.


*Sumber semua gambar adalah daripada Google Image  **Semua gambar adalah hak cipta dan hak milik penerbit masing-masing.

Saturday, December 25, 2010

Annual Dinner 2011.

Hello!

Apa khabar?

Lama kami tak update blog ni. Password pun ingat-ingat lupa. Sigh.

Apapun, kami akan mengadakan Annual Dinner, sekitar bulan Januari tahun 2011. Kerana populasi pelajar IMS melebihi 500 orang, maka agak sukar untuk memilih tema yang memenuhi cita rasa semua pelajar. Jadi, kami membuat keputusan untuk mengadakan undi.



Berikut adalah tema yang kami senarai pendekkan, kami kepilkan sekali pakaian dan kaedah hidangan untuk rujukan bagi memilih. Silalah undi!




1. Bollywood.





2- Candlelight Dinner.

  




3- Black and White.

























4- Tradisional.








5- Secret Garden.












 

6. Back To School.




 




                                            

-----
* Sumber gambar adalah melalui Google Image. ** Semua gambar adalah hak milik penerbit masing-masing.




Tuesday, October 19, 2010

Minggu Orientasi


Laporan Minggu orientasi MSU-International Medical School Bangalore bagi sesi kemasukan Oktober 2010.


Minggu orientasi bagi pelajar baru kemasukan Oktober 2010 telah diadakan mulai 05 hingga 07 Oktober. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh International medical School Association (IMSA).

Seramai 39 orang pelajar tajaan Mara telah mendaftar masuk di IMS bagi sesi kemasukan Oktober 2010. Dan 20 orang fasilitator telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan minggu orientasi ini.

Seorang pelajar dilaporkan lewat tiba dari Malaysia, kerana sakit dan tidak menyertai sesi orientasi bersama 38 pelajar lain.


Hari pertama, 05 Oktober 2010.

10. 00 pm (04.10.2010) – Para pemimpin IMSA telah bertolak ke Bengaluru International Airport pada jam 10.00pm 4 Oktober, untuk menyambut ketibaan pelajar baru yang menaiki pesawat MH 192, Malaysia Airlines. Mereka tiba pada jam 01.00 am, 05.10.2010. Mereka langsung dibawa dengan menaiki bas untuk dibawa ke tempat penginapan masing-masing, di Gokula Extension selepas sepatah dua kata alu-aluan selamat dating daripada wakil pelajar yang mengiringi.

03.00 -04.00 am – Seramai 39 orang pelajar yang baru tiba, telah dibahagikan kepada 10 kumpulan seramai 4 orang, dan ditempatkan di 10 buah rumah. Masing-masing adalah di Divya Apartment, Dwellington Apartment, dan Sridram Sadana Apartment, terletak di Gokula Extension.

09.00am (05.10.2010) – Pelajar telah berkumpul di International Medical School, dengan menaiki bas. Sesi pagi dimulakan dengan ucapan dan sesi perkenalan diri oleh Associate Dean, Prof. Sudha Suresh, dan para fasilitator yang mengelolakan hari orientasi.

11.00 am- 12.00pm – Dua orang wakil daripada Vijaya Bank, Ramaiah Branch tiba, untuk membantu proses membuka akaun bank pelajar-pelajar baru. Mereka telah diberikan taklimat, dan diminta melengkapkan beberapa borang. Sesi tamat setelah semua orang lengkap diisi dan diserahkan kepada pihak bank.

12.00 – 03.00 pm – Pelajar telah dipecahkan kepada 6 kumpulan seramai 6 hingga 8 orang, dan diwakili oleh 2 fasilitator. Mereka dibawa untuk sesi memperkenalkan selok belok International Medical School, dan diberi taklimat tentang buku keperluan bagi pelajar tahun pertama. Borang tempahan buku telah diedarkan, dan pelajar boleh menempah buku melalui IMSA. Kemudian, fasilitator diminta untuk membawa pelajar jagaan mereka makan tengah hari di lokasi sekitar kampus.


03.00 – 04.00 pm – Pelajar diberi taklimat oleh En. Khairudin Abdullah, wakil daripada konsulat Malaysia Chennai, dan Cik Nazatul, wakil daripada pihak Mara yang menjaga kebajikan pelajar tajaan Mara di India. Pelajar telah diberi taklimat tentang syarat perjanjian biasiswa, etika dan tatacara hidup ketika berada di India.

04.00 – 06.00 pm – Orientasi diteruskan lagi dengan sesi bersama Mr. Chandru, pegawai pengurusan International Medical School, untuk panduan mengisi borang bagi pemprosesan Residental Permit. Setelah selesai, pelajar kemudiannya dibawa pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki bas.

06. 30 – 09. 00 pm – Pelajar dikumpulkan di surau IMS, Gokula untuk sesi bersama IYA. Mereka telah diberikan pembentangan tentang IMSA, dan IYA, melakukan aktiviti solat berjemaah, serta jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak IMSA.

Pelajar kemudiannya bersurai.


Hari Kedua. 06.10.2010

09.00 – 12.00 pm – Pelajar berkumpul di IMS, bagi sesi taklimat akademik, oleh Biro Akademik IMSA. Pelajar diberi pendedahan tentang silibus dan etika pembelajaran yang baik bagi menjadi pelajar cemerlang. Sesi ini dikendalikan oleh saudara Hadi Halim, dan saudari Cik Atun.


12. 00 – 05.00 pm – Pelajar dipecahkan kepada 6 kumpulan seperti hari sebelumnya, bagi sesi bersama fasilitator. Pelajar dibawa untuk mengenali IMS, makan tengah hari dan sesi santai bersama fasilitator masing-masing.

05.00 pm- 06.00 pm – Aktiviti sukan dijalankan. Sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring bagi perempuan. Aktiviti tetap diteruskan walaupun hujan lebat di pertengahan pertandingan.

06.30 – 08.00 pm – Solat berjemaah di surau diadakan.


Hari Ketiga. 07.10.2010

09.00am – 09.00pm – Pelajar baru dipecahkan kepada 10 kumpulan mengikut rumah penginapan masing-masing. Dua orang fasilitator diberikan kepada setiap kumpulan, untuk sesi membeli belah barang keperluan rumah.

Bas bertolak daripada City Supermarket, Gokula pada jam 09.30 am, menuju ke Commercial Street. Dari sana, pelajar dibebaskan dan bergerak mengikut fasilitator masing-masing.

Antara lokasi yang dicadangkan untuk membawa kepada pelajar baru membeli barang keperluan asas, adalah Commercial Street, Brigade Road, dan Mantri Square.

Fasilitator diminta untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan semua pelajar yang dibimbing, dan menghantar mereka pulang setelah selesai membeli belah.


Minggu orientasi secara tidak langsungnya ditamatkan setelah selesai aktiviti membeli belah tersebut, dan pelajar selamat pulang ke rumah penginapan masing-masing.



Laporan disediakan oleh : Biro Komunikasi dan Maklumat, International Medical School.

Thursday, August 26, 2010

Malam Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-53.

Sabtu, 21st August 2010, dua persatuan International Medical School, IMSA dan IYA, bersama Malaysian Student Association, Bangalore (MSA) telah menganjurkan Malam Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-53.



Majlis bermula sekitar jam 9.30 malam, usai berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib, isyak, dan terawikh berjemaah bagi pelajar-pelajar Muslim. Untuk makluman, juruacara majlis ini adalah Ammal Dzulfiqar Bin Ismail.



Majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh saudara Mohamad Azmi Bin Abdullah. Dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku.



Tayangan video Aku Merdeka Dalam Duniaku, disediakan oleh Hafizulfaiz Lan dipaparkan sebagai pembuka majlis, disusuli  Video Rasmi IMSA, yang mengandungi ucapan ringkas daripada tuan presiden dan gambar-gambar setiap ahli persatuan. Ini disusuli dengan deklamasi sajak oleh Muhammad Fatah Md Radzi. (Sajak akan dikepilkan di sini kemudian, jika ada).



Seterusnya, adalah sesi tayangan bagi setiap video yang bertanding. Satu video untuk setiap wakil batch. Sila tonton menerusi setiap link yang diberikan dibawah. Jika tiada akaun facebook, anda.. pinjam akaun orang. Maaf, SahabatImsa tidak memiliki akaun youtube, dan yang sama waktu dengannya.





Majlis diteruskan dengan tayangan video mengandungi setiap foto dan poster yang menyertai pertandingan, disediakan oleh Farra Farhanna. Sahabat Imsa @ Facebook akan meng-upload kesemua gambar dan poster yang bertanding, kelak.


Majlis kemudian dihiburkan oleh kumpulan nasyid Soutul Hulwan, yang menyampaikan dua buah lagu. Masing-masing adalah Perjuangan, nyanyian asal Brothers, dan Akrab Persahabatan, nyanyian asal kumpulan In-Team.


Turut ditayangkan pada malam tersebut adalah video Promo Magazine MSA yang dirancang akan dikeluarkan mulai Oktober 2010.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh saudara Imran Jallaldeen, presiden IMSA, dan Muhammad Shah, presiden MSA.



Pertandingan Video Kemerdekaan.

Tempat pertama : 2nd Batch.
Tempat kedua : 4th Batch.
Tempath ketiga : 3rd Batch.

Pertandingan Foto Kemerdekaan.


Tempat pertama : Muhammad Fairuz Shah, 1st Batch.
Tempat kedua : Ezzudin Adham, 3rd Batch.
Tempat ketiga : Abdul Khafy, 3rd Batch.


Pertandingan Poster Kemerdekaan.

Tempat pertama : Fairuz, 3rd Batch.
Tempat kedua : Anas, 2nd batch.
Tempat ketiga : Muhammad Fairuz Shah, 1st Batch.

Turut diberikan adalah hadiah kepada sepuluh orang pemenang Kuiz Ramadhan yang dianjurkan oleh IYA.



Majlis melabuhkan tirai dengan nyanyian lagu Negaraku, dan Warisan.

p/s : Secara keseluruhan, perkara paling menarik malam itu adalah menyanyikan lagu Negaraku  beramai-ramai. Bila penulis cuba ingat semula bila kali terakhir kotak suara ini mengeluarkan alunan baris-baris lagu kebangsaan, rasanya sudah terlalu lama. Ia berikan sedikit rasa rindu.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, kawan-kawan. :' )

Tuesday, August 3, 2010

Elaun ogos tak masuk lagi?

Perhatian kepada semua warga IMS, jika masih tak dapat elaun bulanan mahupun elaun perkakas, sila nyatakan aduan anda kepada kami.

Sila sertakan juga nama dan no akuan anda..

cara nak buat aduan:
  1. Boleh melalui e-aduan IMSA didalam blog ini.
  2. atau direct ke facebook bendahari kita (Adnin) email:livelife87_cool@yahoo.com
Amat dialu-alukan melalui e-aduan kami..

Hantarkan aduan secepat mungkin supaya urusan dipermudahkan.
Tarikh akhir pada khamis ini, 5/8/2010..

Sekian...

Thursday, July 22, 2010

Surau Baru IMS- Bangalore

Penjelasan Mengenai Isu Surau IMS – Bangalore

18 Julai - 
Dengan kehadiran ramadhan dalam 2 minggu yang akan datang, kita amat memerlukan tempat yang lebih luas daripada f15 untuk kegunaan ketika solat terawikh.

Kami mempunyai cadangan iaitu – di tingkat 3 bangunan SPENCER DAILY berhadapan dengan bagunan City Super Market.

Orang tengah yang menguruskan bangunan ini adalah orang muslim, yang memang memilih kita (pelajar muslim) untuk menjadi penyewa. Insya Allah masalah yang dihadapi ketika di F15 tidak akan berulang.

Kadar yang ditetapkan pada perbincangan awal adalah rs 35,000 sebulan bagi banguan ini.
Jika kolej sanggup membayar sehingga rs 20,000 sebulan. Baki rs 15,000 adalah bi bawah tanggungan pelajar.

Rs 15,000 / 400 pelajar muslim = 37.5 rupee seorang, SEBULAN.

Perlu diingatkan, kita juga perlu membayar DEPOSIT untuk 
10 bulan (RS 3.5 lakh)

  •  Dengan perbincangan, pemilik membenarkan kita membuat bayaran deposit secara ansuran.
  •  Juga kos ubah suai dan alatan di dalam surau nanti.
  •  Oleh yang demikian, kos bagi peringkat AWAL ini agak tinggi.

Kutipan sebanyak rs 100 akan di lakukan pada masa terdekat. Pada hujung bulan ini, (30/7) diharap semua palajar dapat menyumbang sebanyak rs 200 seorang lagi.

JUMLAH DANA RS 1.2 lakh.

21 Julai :
Pihak kolej IMS memaklumkan yang mereka terpaksa menutup sementara surau F15 berikutan mendapat aduan daripada pemilik Shriram Sandhana. Pelbagai alas an diberikan penduduk tempatan yang mahukan F15 ditutup / tidak dijadikan tempat “mass prayer” (sembahyang ramai – ramai).

Isu ini menyebabkan keperluan mendapatkan bangunan SPENCER DAILY lebih meruncing



23 Julai :

Kutipan rs 100 daripada setiap pelajar muslim IMS dilancarkan. Ini adalah sebagai modal permulaan dalam proses mendapatkan hak sewaan.
Pihak kolej turut bersetuju untuk turut sama membiayai sewaan surau baru ini sehingga rs 20,000 sebulan dengan menutup F15. (saya akan rundingkan lagi harga ini iAllah).
Mesyuarat dengan pemilik akan diadakan bersama pihak kolej dan wakil pelajar bagi membuat kontrak sewaan.

Nota penting:

kutipan rs 300 (jumlah) ini diakui TIDAK cukup. Oleh yang demikian, sebarang bentuk sedekah, atau lain-lain dapat disalurkan terus kepada badan bertindak SURAU BARU 


Copied from : Naib Pengerusi IMSA
                      Tuan Muhd Ridzuan's Facebook




P/S : Sama2lah kita beramal ke jalanNya.....