Tuesday, June 22, 2010

Untuk jiwa yang separuh kosong.

Mereka selalu kata, semangat kita semangat bermusim.


Musim atau tidak, bagi saya tak penting. Yang penting semangat itu ada.

Bila ketika dan waktu semangat itu di-ekspresi-kan kepada orang lain, tak ada masalah. Jika hanya diluahkan ketika kem motivasi sahaja, pun tak apa.


Pentingnya semangat itu ada. Biar tidak diuar-uarkan.


Jika ada antara kita yang punya cinta sedalam lagu dibawah ini, tapi disisihkan hingga asa-nya hilang. Pasti itu satu kerugian.

Kecintaan seseorang itu pada negaranya, tidaklah boleh diukur melalui percakapannya. Tidak boleh diukur melalui seberapa banyak isu semasa yang diperdebatkannya. Andai masanya tiba, kita tak tahu siapa dia yang berada di barisan hadapan, atau siapa pula yang menjadi pengecut di belakang.

Lagu ini membawa makna yang banyak. Salah satunya, untuk kita hargai, semua orang.



Nah.

 

Tak ada video nyanyian asal Sudirman yang elok di youtube. Tak tahulah patut sedih tidak.

No comments: