Thursday, July 22, 2010

Surau Baru IMS- Bangalore

Penjelasan Mengenai Isu Surau IMS – Bangalore

18 Julai - 
Dengan kehadiran ramadhan dalam 2 minggu yang akan datang, kita amat memerlukan tempat yang lebih luas daripada f15 untuk kegunaan ketika solat terawikh.

Kami mempunyai cadangan iaitu – di tingkat 3 bangunan SPENCER DAILY berhadapan dengan bagunan City Super Market.

Orang tengah yang menguruskan bangunan ini adalah orang muslim, yang memang memilih kita (pelajar muslim) untuk menjadi penyewa. Insya Allah masalah yang dihadapi ketika di F15 tidak akan berulang.

Kadar yang ditetapkan pada perbincangan awal adalah rs 35,000 sebulan bagi banguan ini.
Jika kolej sanggup membayar sehingga rs 20,000 sebulan. Baki rs 15,000 adalah bi bawah tanggungan pelajar.

Rs 15,000 / 400 pelajar muslim = 37.5 rupee seorang, SEBULAN.

Perlu diingatkan, kita juga perlu membayar DEPOSIT untuk 
10 bulan (RS 3.5 lakh)

  •  Dengan perbincangan, pemilik membenarkan kita membuat bayaran deposit secara ansuran.
  •  Juga kos ubah suai dan alatan di dalam surau nanti.
  •  Oleh yang demikian, kos bagi peringkat AWAL ini agak tinggi.

Kutipan sebanyak rs 100 akan di lakukan pada masa terdekat. Pada hujung bulan ini, (30/7) diharap semua palajar dapat menyumbang sebanyak rs 200 seorang lagi.

JUMLAH DANA RS 1.2 lakh.

21 Julai :
Pihak kolej IMS memaklumkan yang mereka terpaksa menutup sementara surau F15 berikutan mendapat aduan daripada pemilik Shriram Sandhana. Pelbagai alas an diberikan penduduk tempatan yang mahukan F15 ditutup / tidak dijadikan tempat “mass prayer” (sembahyang ramai – ramai).

Isu ini menyebabkan keperluan mendapatkan bangunan SPENCER DAILY lebih meruncing



23 Julai :

Kutipan rs 100 daripada setiap pelajar muslim IMS dilancarkan. Ini adalah sebagai modal permulaan dalam proses mendapatkan hak sewaan.
Pihak kolej turut bersetuju untuk turut sama membiayai sewaan surau baru ini sehingga rs 20,000 sebulan dengan menutup F15. (saya akan rundingkan lagi harga ini iAllah).
Mesyuarat dengan pemilik akan diadakan bersama pihak kolej dan wakil pelajar bagi membuat kontrak sewaan.

Nota penting:

kutipan rs 300 (jumlah) ini diakui TIDAK cukup. Oleh yang demikian, sebarang bentuk sedekah, atau lain-lain dapat disalurkan terus kepada badan bertindak SURAU BARU 


Copied from : Naib Pengerusi IMSA
                      Tuan Muhd Ridzuan's Facebook




P/S : Sama2lah kita beramal ke jalanNya.....
 

4 comments:

Anonymous said...

perlukah kami semua pelajar2 membayar rs100.aku rase tidak perlu..nih semu bawah tanggungjawab msu...masa encik farid jd penjaga kita,boleh saje kite salurkan semua idea kepada pihak atasan.kenapa penjaga sekarang(tak tau nama) tidak menguruskan kerja ini..kite semu membayar usd 100k as fee..mmg bkn duit kita(duit mara)..nh bkn ckp kedekut or xmenyokong,sampai bile kite nk duduk berdiam diri je..msu banyak duit..1 lg,nih surau saje or common room..nk tau jugak..

Pelajar IMS said...

Excuse me, nak tanya.. Ni surau ke Common Room? Kenape students non muslim tak kena mintak bayar that rs100?
Kenape kamu siap ada senarai nama semua pelajar untuk pastikan semua bayar? That's more like Paksa, don't you think?
Bukan semua pelajar suka dengan idea kena paksa bayar untuk common room yang sepatutnya kolej sediakan tu. Those are the students' money, and i honestly think noone including u or the admin or the college or any indians have any rights in telling them where they should spend the money(or a small chunk of it) on.
Apa tindakan kamu kalau ada pelajar taknak bayar?

Sahabat IMSA said...

@ Anonymous :

Hal bayaran sewa surau, semua ditanggung pihak kolej, atau lebih tepatnya, Gokula Foundation* (Masih tidak jelas). Apapun, kita tidak perlu bayar lagi bayaran bulanan seperti di-war-warkan sebelumnya. Saya pun secara peribadinya sependapat dengan Anonymous. Apapun, dah selesai. :')


@ Pelajar IMS ;

Haah, ia nampak seperti paksa. Saya setuju juga dengan kamu. Tak siapa patut mengarah-arahkan kemana hala tuju elaun sara hidup pelajar. Kerana semua boleh hidup tanpa surau. Anggaplah ia situasi kalah-menang. Gaya pemintaannya salah, tapi menang juga dalam mewujudkan surau bagi komuniti kecil Islam Malaysia di Bangalore, khususnya.


Selebihnya saya mohon maaf atas kelewatan hampir sebulan menjawab komen2 saudara2. Saya juga sedang kebuluran info, sebenarnya. Apapun untuk update lebih kemas, sila lawat fan page sahabat Imsa. Mungkin lebih diberi perhatian sesudah ini. :')


-pjaomn.

Sahabat IMSA said...

@anonymous & @ Pelajar IMS :

Malam ini (15 Jan 2011)selepas isyak akan diadakan konvensyen IMSA Islamic Bereau..
Segala persoalan akan terawab di sana..
Datanglah beramai2