Sunday, June 13, 2010

Perpindahan rumah pelajar (edit : ke rumah selain disediakan pihak kolej).

Berdasarkan ketetapan jelas yang diberikan pihak universiti, para pelajar harus menyewa di rumah yang ditetapkan oleh pihak universiti selama tempoh setahun dari tarikh mula mendaftar. Ini untuk menjaga kebajikan  dan keselamatan pelajar yang baru masuk.

Berdasarkan ketetapan pihak universiti juga, selepas tempoh itu, anda dibenarkan berpindah keluar, dengan syarat memberi notis tiga bulan kepada pihak universiti, bagi mengelakkan hal tidak diingini. Tidak dibenarkan berpindah, misalnya.

Maka sesiapa yang ingin berpindah keluar daripada Divya Gateway, Dwellington Apt., dan Shriram Sadhana, ke tempat lain, anda boleh menghantar nama mulai hari ini.

Bagi pelajar yang mahu, sila hantarkan nama, no id, dan  alamat rumah melalui emel kami, secara individu, atau berkumpulan (seisi rumah), dan sertakan sekali alamat tempat anda ingin berpindah. 

Anda juga boleh membantu kami dengan memberi nama teman serumah yang masih menyewa di lot tersebut setelah anda berpindah keluar. Jika ada.

Kami menawarkan bantuan ini sekarang, kerana pihak universiti mungkin memerlukan unit rumah yang banyak, bagi penginapan pelajar baru (Intake 2010) bulan oktober nanti.

Marilah bersama memanfaatkan peluang yang ada.

Sekiranya ingin berhubung secara terus, anda boleh memaklumkan kepada mana-mana ahli Biro Kebajikan melalui contact yang telah diberikan dalam Pemimpin IMSA.




No comments: