Thursday, August 26, 2010

Malam Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-53.

Sabtu, 21st August 2010, dua persatuan International Medical School, IMSA dan IYA, bersama Malaysian Student Association, Bangalore (MSA) telah menganjurkan Malam Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-53.



Majlis bermula sekitar jam 9.30 malam, usai berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib, isyak, dan terawikh berjemaah bagi pelajar-pelajar Muslim. Untuk makluman, juruacara majlis ini adalah Ammal Dzulfiqar Bin Ismail.



Majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh saudara Mohamad Azmi Bin Abdullah. Dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku.



Tayangan video Aku Merdeka Dalam Duniaku, disediakan oleh Hafizulfaiz Lan dipaparkan sebagai pembuka majlis, disusuli  Video Rasmi IMSA, yang mengandungi ucapan ringkas daripada tuan presiden dan gambar-gambar setiap ahli persatuan. Ini disusuli dengan deklamasi sajak oleh Muhammad Fatah Md Radzi. (Sajak akan dikepilkan di sini kemudian, jika ada).



Seterusnya, adalah sesi tayangan bagi setiap video yang bertanding. Satu video untuk setiap wakil batch. Sila tonton menerusi setiap link yang diberikan dibawah. Jika tiada akaun facebook, anda.. pinjam akaun orang. Maaf, SahabatImsa tidak memiliki akaun youtube, dan yang sama waktu dengannya.





Majlis diteruskan dengan tayangan video mengandungi setiap foto dan poster yang menyertai pertandingan, disediakan oleh Farra Farhanna. Sahabat Imsa @ Facebook akan meng-upload kesemua gambar dan poster yang bertanding, kelak.


Majlis kemudian dihiburkan oleh kumpulan nasyid Soutul Hulwan, yang menyampaikan dua buah lagu. Masing-masing adalah Perjuangan, nyanyian asal Brothers, dan Akrab Persahabatan, nyanyian asal kumpulan In-Team.


Turut ditayangkan pada malam tersebut adalah video Promo Magazine MSA yang dirancang akan dikeluarkan mulai Oktober 2010.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh saudara Imran Jallaldeen, presiden IMSA, dan Muhammad Shah, presiden MSA.



Pertandingan Video Kemerdekaan.

Tempat pertama : 2nd Batch.
Tempat kedua : 4th Batch.
Tempath ketiga : 3rd Batch.

Pertandingan Foto Kemerdekaan.


Tempat pertama : Muhammad Fairuz Shah, 1st Batch.
Tempat kedua : Ezzudin Adham, 3rd Batch.
Tempat ketiga : Abdul Khafy, 3rd Batch.


Pertandingan Poster Kemerdekaan.

Tempat pertama : Fairuz, 3rd Batch.
Tempat kedua : Anas, 2nd batch.
Tempat ketiga : Muhammad Fairuz Shah, 1st Batch.

Turut diberikan adalah hadiah kepada sepuluh orang pemenang Kuiz Ramadhan yang dianjurkan oleh IYA.



Majlis melabuhkan tirai dengan nyanyian lagu Negaraku, dan Warisan.

p/s : Secara keseluruhan, perkara paling menarik malam itu adalah menyanyikan lagu Negaraku  beramai-ramai. Bila penulis cuba ingat semula bila kali terakhir kotak suara ini mengeluarkan alunan baris-baris lagu kebangsaan, rasanya sudah terlalu lama. Ia berikan sedikit rasa rindu.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, kawan-kawan. :' )

No comments: