Tuesday, October 19, 2010

Minggu Orientasi


Laporan Minggu orientasi MSU-International Medical School Bangalore bagi sesi kemasukan Oktober 2010.


Minggu orientasi bagi pelajar baru kemasukan Oktober 2010 telah diadakan mulai 05 hingga 07 Oktober. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh International medical School Association (IMSA).

Seramai 39 orang pelajar tajaan Mara telah mendaftar masuk di IMS bagi sesi kemasukan Oktober 2010. Dan 20 orang fasilitator telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan minggu orientasi ini.

Seorang pelajar dilaporkan lewat tiba dari Malaysia, kerana sakit dan tidak menyertai sesi orientasi bersama 38 pelajar lain.


Hari pertama, 05 Oktober 2010.

10. 00 pm (04.10.2010) – Para pemimpin IMSA telah bertolak ke Bengaluru International Airport pada jam 10.00pm 4 Oktober, untuk menyambut ketibaan pelajar baru yang menaiki pesawat MH 192, Malaysia Airlines. Mereka tiba pada jam 01.00 am, 05.10.2010. Mereka langsung dibawa dengan menaiki bas untuk dibawa ke tempat penginapan masing-masing, di Gokula Extension selepas sepatah dua kata alu-aluan selamat dating daripada wakil pelajar yang mengiringi.

03.00 -04.00 am – Seramai 39 orang pelajar yang baru tiba, telah dibahagikan kepada 10 kumpulan seramai 4 orang, dan ditempatkan di 10 buah rumah. Masing-masing adalah di Divya Apartment, Dwellington Apartment, dan Sridram Sadana Apartment, terletak di Gokula Extension.

09.00am (05.10.2010) – Pelajar telah berkumpul di International Medical School, dengan menaiki bas. Sesi pagi dimulakan dengan ucapan dan sesi perkenalan diri oleh Associate Dean, Prof. Sudha Suresh, dan para fasilitator yang mengelolakan hari orientasi.

11.00 am- 12.00pm – Dua orang wakil daripada Vijaya Bank, Ramaiah Branch tiba, untuk membantu proses membuka akaun bank pelajar-pelajar baru. Mereka telah diberikan taklimat, dan diminta melengkapkan beberapa borang. Sesi tamat setelah semua orang lengkap diisi dan diserahkan kepada pihak bank.

12.00 – 03.00 pm – Pelajar telah dipecahkan kepada 6 kumpulan seramai 6 hingga 8 orang, dan diwakili oleh 2 fasilitator. Mereka dibawa untuk sesi memperkenalkan selok belok International Medical School, dan diberi taklimat tentang buku keperluan bagi pelajar tahun pertama. Borang tempahan buku telah diedarkan, dan pelajar boleh menempah buku melalui IMSA. Kemudian, fasilitator diminta untuk membawa pelajar jagaan mereka makan tengah hari di lokasi sekitar kampus.


03.00 – 04.00 pm – Pelajar diberi taklimat oleh En. Khairudin Abdullah, wakil daripada konsulat Malaysia Chennai, dan Cik Nazatul, wakil daripada pihak Mara yang menjaga kebajikan pelajar tajaan Mara di India. Pelajar telah diberi taklimat tentang syarat perjanjian biasiswa, etika dan tatacara hidup ketika berada di India.

04.00 – 06.00 pm – Orientasi diteruskan lagi dengan sesi bersama Mr. Chandru, pegawai pengurusan International Medical School, untuk panduan mengisi borang bagi pemprosesan Residental Permit. Setelah selesai, pelajar kemudiannya dibawa pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki bas.

06. 30 – 09. 00 pm – Pelajar dikumpulkan di surau IMS, Gokula untuk sesi bersama IYA. Mereka telah diberikan pembentangan tentang IMSA, dan IYA, melakukan aktiviti solat berjemaah, serta jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak IMSA.

Pelajar kemudiannya bersurai.


Hari Kedua. 06.10.2010

09.00 – 12.00 pm – Pelajar berkumpul di IMS, bagi sesi taklimat akademik, oleh Biro Akademik IMSA. Pelajar diberi pendedahan tentang silibus dan etika pembelajaran yang baik bagi menjadi pelajar cemerlang. Sesi ini dikendalikan oleh saudara Hadi Halim, dan saudari Cik Atun.


12. 00 – 05.00 pm – Pelajar dipecahkan kepada 6 kumpulan seperti hari sebelumnya, bagi sesi bersama fasilitator. Pelajar dibawa untuk mengenali IMS, makan tengah hari dan sesi santai bersama fasilitator masing-masing.

05.00 pm- 06.00 pm – Aktiviti sukan dijalankan. Sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring bagi perempuan. Aktiviti tetap diteruskan walaupun hujan lebat di pertengahan pertandingan.

06.30 – 08.00 pm – Solat berjemaah di surau diadakan.


Hari Ketiga. 07.10.2010

09.00am – 09.00pm – Pelajar baru dipecahkan kepada 10 kumpulan mengikut rumah penginapan masing-masing. Dua orang fasilitator diberikan kepada setiap kumpulan, untuk sesi membeli belah barang keperluan rumah.

Bas bertolak daripada City Supermarket, Gokula pada jam 09.30 am, menuju ke Commercial Street. Dari sana, pelajar dibebaskan dan bergerak mengikut fasilitator masing-masing.

Antara lokasi yang dicadangkan untuk membawa kepada pelajar baru membeli barang keperluan asas, adalah Commercial Street, Brigade Road, dan Mantri Square.

Fasilitator diminta untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan semua pelajar yang dibimbing, dan menghantar mereka pulang setelah selesai membeli belah.


Minggu orientasi secara tidak langsungnya ditamatkan setelah selesai aktiviti membeli belah tersebut, dan pelajar selamat pulang ke rumah penginapan masing-masing.



Laporan disediakan oleh : Biro Komunikasi dan Maklumat, International Medical School.

No comments: